|
Hakikat Kehidupan
1) Hamba Allah merenung jauh. Semua yang diinginkannya telah dicapai. Dia sekarang seorang usahawan yang berjaya, memiliki banglo dan kenderaaan mewah serta pelbagai kesenangan. Kenapa hidupnya terasa begitu kosong. Tafsir ayat al-Quran dibaca menyentuh hatinya: "Apakah manusia mengira mereka diciptakan hanya sebagai permainan dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Allah, Maha suci Allah Tuhan yang benar, tiada Tuhan selain Dia pemilik Arasy yang Maha Tinggi...."
" Dan sesungguhnya tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu..."
Kini tahulah dia hakikat kehidupan.
2) Seorang hamba Allah telah pergi menangkap ikan. Semasa menurunkan pukatnya dia menyebut Nama Allah. Dia hanya mendapat seekor ikan yang kecil, kemudian terlepas pula. Seorang lagi juga pergi menangkap ikan tetapi menyebut mentera2 yang syirik, dia mendapat tangkapan yang banyak. Lantas malaikat bertanya tentang hal tersebut kepada Allah SWT. Lalu dibukakan tirai masa depan dan diperlihatkan kepada malaikat tentang anugerah yang diberikan kepada kedua-dua hamba tersebut. Ternyata yang menyebut nama Allah mendapat ganjaran yang amat besar di akhirat dan yang menyebut nama Taghut mendapat siksaan dan penghinaan diakhirat. Itulah hakikat kehidupan seorang yang mukmin, ganjaran yang besar menantinya di sana.
3) Ajaib urusan seorang mukmin. Apabila dikurniakan Allah kebaikan, Dia memuji Allah dan bersyukur. Apabila ditimpakan musibah, dia memuji Allah dan bersabar.
4) Jika kita mencari ketenangan dalam kehidupan dunia, ketengangan itu apabila kita mengingati Allah. Jika kita mencari kesenangan, tiada kesenangan dalam kehidupan dunia melainkan penuh cubaan dan pancaloba. Seorang mukmin adalah seorang yang berjaya dalam kehidupan kerena seluruh kehidupannya yang penuh ujian diletakkan di atas landasan keredhaan Allah.
5) Jika kita putus asa menghadapi cabaran hidup ini, seolah-olah kita mengharapkan mati sahaja kerana kehidupan ini diciptakan penuh dengan ujian dan dugaan. "Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakan yang baik amalannya" Surah Al Mulk ayat 2.
6) Sahabat, setinggi mana pun perjuanganmu, jangan ditinggalkan perjuangan yang tinggi....menegakkan kalimah Allah.
7) Sahabat, perjuangan kita masih panjang ...tapi kehidupan kita sudah dipenghujungnya. Ayuh...bersegera kita menyahut seruan Allah.
8) Sahabat, seindah mana engkau menghiasi dunia ini, dunia ini tidak akan menjadi syurga bagi kita, dunia tetap dunia yang penuh suka dan duka.
9) Alam-alam yang telah kita lalui, sedang dilalui dan akan lalui : Alam ruh ====> Alam Rahim => Alam Dunia => Alam barzakh =======> Kiamat =================> Mahsyar =======> Syurga/Neraka
10) Sahabat, bersabarlah, perjuangan kita hampir selesai. Taman-taman syurga dan kehidupan penuh nikmat menantimu di sana.
11) Petikan email "Manusia bertanya al-Quran menjawab":
KENAPA AKU DIUJI?
|
Nukilan : Radzi,
Ini mungkin adalah pandangan dan pendapat peribadi saya,
jika ada kesilapan, sila perbetulkan, emailkan iklanekanet@yahoo.com